MASYA-ALLAH!
MASJID SRI RANGGU, TAWAU, SABAH SEDANG DALAM PEMBINAAN.

"TERIMA KASIH KEPADA ANDA SEMUA YANG MEMBERI SUMBANGAN, IMPIAN PENDUDUK UNTUK SOLAT BERJEMAAH DENGAN SELESA SEMAKIN TERCAPAI"
Masjid Sri Ranggu diroboh untuk membina bangunan baharu yang lebih selesa dan lengkap dengan kemudahan asas seperti tandas.
TAWAU - Masjid Sri Ranggu yang berusia lebih 70 tahun telah berjaya diroboh selepas mendapat kelulusan daripada pihak berwajib bagi membina semula bangunan yang baharu.
Bangunan serta fasiliti masjid baharu itu menelan kos kira-kira RM 1,2 juta sahaja.
Setelah beberapa bulan melancarkan kempen mengutip dana, akhirnya Masjid Sri Ranggu berjaya melaksanakan kerja pembangunan pada peringkat awal.
Pembangunan baharu Masjid Sri Ranggu sudah berjaya dilaksanakan sebanyak 30 peratus iaitu seperti meratakan tapak, memasang cerucuk, tiang dan asas untuk membina masjid.

Kerja pembangunan Masjid Sri Ranggu sudah mencapai 30 peratus.
Manfaat Masjid Sri Ranggu

Masjid Sri Ranggu yang lebih selesa, dan mempunyai fasiliti asas seperti bilik air, wuduk dan ruang solat yang luas dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada penduduk Islam di kawasan itu tetapi memberi kemudahan kepada musafir luar untuk menunaikan solat.

Pelbagai ilmu agama dan aktiviti berdakwah untuk menyebarkan syiar Islam juga dapat diperkasakan dengan penganjuran majlis keagamaan di sini selepas bangunan baharu masjid disiapkan.
Keteguhan agama Islam juga dapat dipertahankan dalam hati anak-anak generasi muda apabila masjid baharu ini dapat berfungsi dengan baik.
Ayuh terus memberi sumbangan untuk membantu masyarakat Tawau di Sabah mendalami dan mempertahankan agama Islam dengan membantu membina masjid yang lebih selesa!
Alhamdulillah, pihak Masjid Sri Ranggu juga telah mendapat kebenaran rasmi dari Pejabat Mufti Negeri Sabah bagi membangunkan semula Masjid baru.
.jpg)
PENENTUAN KIBLAT UNTUK MASJID YANG BAKAL DIBINA




Hadis Riwayat Al-Bukhari :
"Jagalah diri kalian dari api neraka, walaupun bersedekah dengan hanya sepotong kurma".
Rasulullah SAW juga pernah bersabda :
"Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya".
SEMOGA MASJID SRI RANGGU dapat disiapkan sepenuhnya
INFAQ di bawah..